Oleh : Khairul Abidin
Gambar : Chanel
Jun lalu EH! ke London menghadiri majlis pelancaran himpunan alat solek terbaru daripada Chanel, nama koleksi ini Le Rouge Collection No 1. Istimewanya di majlis ini, bintang utama kempen himpunan alat solek ciptaan Lucia Pica (Pereka Kreatif Global Mekap & Warna Chanel) ini turut hadir ke parti keraian yang berlangsung di Somerset House di tengah kota London. Kristen Stewart dilihat menyarung sedondon hitam malam itu. Cantik orangnya.
Sebagai antara orang terawal yang melihat himpunan ini, saya siap-siap pilihkan empat item yang boleh anda isi dalam beg tanga untuk anda gayakan setiap hari. Kini anda juga boleh tampil hot seperti bintang Twilight itu.
Joues Contraste Rouge Profond
Layangkan pada buah pipi untuk kesan merah-merah semula jadi pada pipi. Cukup layangan ringan untuk gaya siang hari. Ya, warnanya memang nampak merah dan tidak semua berani menggayakan pada awalnya, namun sebaik dicuba anda akan suka lihat hasilnya.
Stylo Yeux Waterproof Eros
Penggaris mata rona burgundy ini cukup seksi. Sudah bosan rasanya menggaris mata dengan warna hitam, tiba masa untuk tampil lebih hot dengan warna berbeza.
Dimensions de CHANEL Subversif
Temankan penggaris mata tadi dengan sapuan maskara hitam pekat ini. Jangan lupa kepit dulu bulu mata kemudian barulah sapu dengan gaya berlapis-lapis untuk bulu mata lentik dan hitam. Seksi!
Rouge Allure Velvet Rouge Feu
Dulu saya ada menulis tentang gincu oren. Dan ini antara gincu merah berpercikkan ton jingga yang boleh anda cuba. Sapu rata pada bibir dan lihat sendiri bagaimana warnanya boleh menaikkan seri wajah. Segar!