1. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + OREN
Rendamkan 10 helai teh hijau atau dua sudu besar serbuk the hijau ke dalam air panas, kemudian tapis serbuk/daunnya. Kemudian perahkan jus limau dan adunkan bersama lima helai dau pudina. Air ini sedap diminum ketika masih suam mahupun sejuk. Air detoks ini membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan, melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan sakit kepala.