2.TIMUN + LEMON + LIMAU NIPIS
Dikenali sebagai ‘detox water 3-in-1” hasil campuran ketiga-tiga bahan ini mampu menjadikan kulit lebih lembut dan baik untuk masalah pencernaan, sekaligus dapat mengawal selera makan. Caranya, hiris sebatang timun, sebiji lemon dan sebiji limau nipis. Masukkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam jag berisi 1 liter air. Simpankannya di dalam peti sejuk atau masukkan beberapa ketul kiub ais untuk lebih segar.