4. HALIA + LEMON + HONEY
Ekstrak halia ini memang baik untuk merawat pelbagai penyakit lagi-lagi berkaitan dengan sistem penghadaman dan pencernaan. Masukkan jus perahan 1/2 biji lemon dan hirisan 1/2 inci halia ke dalam air, kemudian seimbangkan rasa dengan dua ke tiga sudu madu, cuba amalkan air detoks ini setiap pagi dan ia mampu merawat segala kesakitan dalam badan. Campuran halia dan lemon berhasil sebagai agen penyahtoksin dalam badan dan begitu berkesan sebagai penawar semula jadi dalam merawat selsema.