Siapa kata mereka yang bertubuh besar tidak boleh menjadi seorang model yang berjaya?
Setiap orang mempunyai bentuk tubuh yang berbeza, ada yang berisi, ada juga yang kurus. Meskipun seseorang itu bertubuh besar tidak bermakna kita boleh merendahkan mereka, mana kita tahu kejayaan dan kelebihan mereka tidak pernah kita capai.
Seperti mana model-model bertubuh besar yang EH! kongsikan ini. Mereka membuktikan yang stail itu tidak bergantung pada saiz tubuh seseorang dan semua orang boleh tampil stail serta berjaya jika itu yang diinginkan. Konfiden itu penting!