Oleh : Farhana Fuad
Gambar : TPGimages
Industri fesyen memberi peluang keemasan buat model-model terkenal dunia untuk mendapat bayaran yang tinggi setiap projek yang mereka jayakan. Seorang supermodel memainkan peranan penting dalam mempromosikan item atau produk yang digayakan (atau dipromosikan) untuk menarik lebih ramai konsumer.
Tidak kira dari segi koleksi fesyen, kosmetik termasuklah produk lain seperti kereta. Dengan menyediakan servis atau produk yang punya nilai tinggi pastinya mereka mendapat pulangan bayaran yang juga tinggi.
EH! senaraikan model yang mendapat bayaran tertinggi tahun ini.
1. Gisele Caroline Bundchen
Supermodel yang juga seorang pelakon kelahiran Brazil ini kini menjadi ketua untuk United Nations Environment Program kerana setia menjadi duta. Untuk tahun ini, Gisele berjaya mencatat bayaran tertinggi iaitu sebanyak $47 juta US Dolar.
2. Doutzen Kroes
Merupakan model kelahiran Dutch dan juga seorang pelakon serta pernah menyertai Victoria’s Secret Angel. Doutzen meninggalkan jenama pakaian dalam terkenal dunia ini pada tahun lalu dan ketika ini sedang bekerjasama dengan jenama L’Oréal Group. Dia mencatat rekod bayaran termahal pada hujung tahun lalu iaitu sebanyak $8 juta US Dolar.
3. Adriana Lima
Adriana juga merupakan seorang model dan aktres dari Brazil. Dia juga pernah menyertai Victoria’s Secret Angel sejak tahun 2000 lagi. Adriana juga pernah menjadi jurucakap untuk jenama barangan kosmetik Maybelline bermula tahun 2003 hingga 2010. Dia ketika ini mengumpul pendapatan sebanyak $48 Juta US Dolar sehingga tahun lalu.
4. Kate Moss
Siapa tidak kenal Kate Moss. Dilahirkan di Croydon, Greater London, pada mulanya, Kate ditemui oleh Sarah Doukas, pengasas Storm Model Management pada tahun 1988 di Lapangan Terbang JFK , New York. Ketika itu, Kate baru berusia 14 tahun. Sehingga hujung tahun lalu, Kate merekodkan bayaran sebanyak $7 Juta US Dolar.
5. Kate Upton
Seorang model terkenal dari Amerika dan seorang aktres yang lahir pada tahun 1992 di St. Joseph, Michigan, Amerika Syarikat. Dia dikenali dengan aksi seksi termasuk kemunculannya di muka depan Sports Illustrated. Dia juga bekerjasama dengan jenama produk kosmetik Bobbi Brown dan Express Clothing. Hujung tahun lalu, Upton mencatat bayaran sebanyak $7 Juta US Dolar.