Usah biarkan kulit wajah anda terbiar dengan masalah bintik hitam yang bermaharajalela. EH! ada tip berkesan untuk atasi masalah bintik hitam.
Bintik hitam di sekitar wajah boleh mengakibatkan pori wajah tersumbat sekali gus menyebabkan masalah kulit berminyak. Selalunya bintik hitam akan tumbuh di sekitar wajah dan hidung.
Ia juga boleh dianggap sebagai tahap satu untuk masalah jerawat sebelum bakteria memasuki liang pori. Jadi, usah biarkan bintik hitam bermaharajalela di wajah kerana lambat laun ia mengundang masalah lebih serius pada kulit.
EH! singkap tip untuk menghilangkan bintik hitam dengan segera.