EH! berkongsi 5 tip oleh Rizman Ruzaini untuk bakal pengantin yang buntu untuk memilih busana kahwin yang terbaik di hari perkawinan anda nanti.
- Harus tahu bajet. Bakal pengantin mestilah tahu mengukur baju di badan sendiri. Pilih rekaan berdasarkan kemampuan.
- Pilihan warna biarlah yang bersesuaian dengan ton kulit. Jika anda punya pasangan yang berbeza ton kulit, misalnya pengantin perempuan berkulit cerah dan pengantin lelaki sebaliknya, ada beberapa trik dalam memilih warna yang sesuai. Misalnya, jika pengantin mahu menggayakan rona merah jambu, tetapi bimbang tidak sesuai dengan pengantin lelaki, anda boleh tambah perincian berona biru misalnya, agar ia boleh dipadankan dengan busana biru buat pengantin lelaki.
- Setiap keputusan soal pakaian, seeloknya biarlah pilihan pengantin sendiri bukan keluarga atau kawan-kawan. Ini adalah majlis perkahwinan anda, jadi biarlah anda menyarung apa yang anda suka.
- Untuk majlis pernikahan kami sarankan baju potongan kurung yang ringkas, menggunakan material dan lining yang berkualiti dan selesa. Rekaannya biarlah klasik dan timeless.
- Bagi majlis perkahwinan di rumah, sifon sutera, lining menggunakan fabrik krep sudah cukup selesa untuk pengantin yang mengadakan majlis di rumah dan pada waktu tengah hari.