Masalah yang sering dihadapi wanita adalah olesan gincu terkena pada gigi. EH! ada trik untuk elakkannya dari berlaku lagi.
Gambar : Shutterstock
Boleh kata ia amatlah memalukan apabila anda cuba untuk memberikan senyuman manis kepada sahabat atau teman tetapi mendapat reaksi yang pelik atau awkward dari mereka. Semuanya dek kerana noda gincu yang terpalit di atas permukaan gigi.
Jadi, apa yang ramai harapkan adalah tidak lagi menghadapi situasi janggal sebegini apabila keluar bersama teman atau rakan. EH! kongsikan trik yang boleh anda cuba untuk elak gincu dari terkena pada permukaan gigi supaya anda boleh berkomunikasi dan senyum dengan lebih confident!