Ingin tampak muda remaja setiap masa? Jadi EH! senaraikan jenis makanan yang buat kulit anda jadi mulus dan muda sentiasa di rencana ini.
Siapa yang tidak mahu cantik dan awet muda sentiasa biarpun sudah meningkat usia. Namun, sebenarnya dengan penggunaan barangan kecantikan tidak boleh menjamin 100 peratus yang kulit kita akan kekal sihat dan tidak mengalami penuaan.
Kunci utama untuk kulit cantik dan berseri adalah dari segi pemakanan yang kita amalkan setiap hari. Semakin buruk cara pemakanan kita, semakin teruk impaknya pada kulit.
Jadi, mulai sekarang adalah seeloknya anda amalkan pengambilan jenis makanan ini untuk hindari masalah kulit berjerawat, kulit kusam, kulit kering dan banyak lagi.