Wanita berbangsa India di Bollywood mahupun di Hollywood sentiasa menguasai senarai wanita tercantik di dunia.
Sejak kebelakangan ini juga, mereka turut tersenarai dalam best dressed list di acara karpet merah majlis anugerah Hollywood, minggu fesyen utama mahupun festival filem antarabangsa.
Bersempena dengan kehadiran perayaan Deepavali, EH! menyenaraikan lapan wanita berbangsa India yang paling fashionable di dunia.