Gambar : TPGimages
Siapa yang tidak kenal pada aktor Bollywood, Aamir Khan. Khabarnya Syawal tahun ini Aamir Khan menyambut Aidilfitri tanpa isterinya, Kiran Rao di sisi. Baginya, itu sudah menjadi satu kebiasaan tatkala tiba lebaran.
Syawal yang dinanti buat Aamir tahun ini diraikan bersama ibu serta dua orang anaknya, Junaid Khan dan Ira Khan hasil dari perkahwinannya yang pertama. Kiran yang menganut agama hindu mengambil peluang musim perayaan ini untuk terbang ke satu destinasi percutian bersama anaknya, Azad Rao Khan.
Menurut laporan antarabangsa, Aamir tidak mempunyai sebarang permasalahan atas keputusan yang diambil Kiran untuk pergi bercuti ketika Syawal tiba. Selalunya, Kiran sentiasa bersama Aamir ketika berhari raya, cumanya tahun ini dia mahukan sedikit perbezaan.
Biarpun berbeza agama, Aamir dan Kiran sentiasa saling hormat-menghormati antara satu sama lain serta bertolak ansur akan persetujuan masing-masing yang mempunyai perbezaan kepercayaan.