Gambar : Instagram Adi Putra
Kecoh sekarang ini di media sosial akan berita pernikahan kali kedua Adi Putra. Ianya bermula pabila sekeping gambar pernikahan Adi dan isteri keduanya itu tersebar di laman sesawang.
Berdasarkan portal Astro Gempak, mereka juga turut menerima gambar seorang lelaki seiras Adi sedang mengucup dahi seorang wanita seakan baru sahaja bernikah.
Seorang telah menghantar gambar tersebut kepada portal tersebut serta menyatakan yang isteri kedua Adi itu adalah seorang kakitangan awam. Dilaporkan juga yang majlis pernikahan antara selebriti itu dan wanita berkenaan telah mengambil tempat di kediaman pengantin perempuan serta dihadiri ahi keluarga dan rakan rapat.
Gambar : Astro Gempak
Wanita yang dikatakan isteri kedua Adi tersebut kini berusia 33 tahun dan merupakan rakan kongsi perniagaan Adi. Dinyatakan lagi yang Adi adalah suami yang ketiga buat wanita terbabit.
Berikutan tersebarnya gambar tersebut, Adi secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk membatalkan majlis sambutan Aidilfitri bersama kelab peminatnya. Majlis tersebut sepatutnya berlangsung hari Ahad ini.
https://www.instagram.com/p/BH62VhsgmID/?taken-by=adpadiputra&hl=en
Namun, Adi tidak memberikan alasan lanjut atas pembatalan majlis tersebut, tetapi sempat memohon maaf atas tindakannya itu. Sejurus selepas pengumuman di akaun Instagram miliknya itu, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa dan sedih atas tindakan Adi yang merahsiakan perkahwinannya kali kedua ini.
Adi Putra bersama isteri pertamanya, Aida Yusof
Setakat ini, Adi masih lagi tiada memberikan sebarang komen atas perkhabaran yang sudah viral di media sosial sekarang ini.