Gambar : Instagram Datuk Seri Adnan dan Adira
Sebelum ini kecoh dengan kontroversi yang melibatkan suami kepada penyanyi popular , Adira iaitu Datuk Seri Adnan dengan pelakon muda Ruhainies. Namun, kali ini Datuk Seri Adnan yang juga dikenali dengan Dato Red menerusi akaun Instagramnya berkongsi berita gembira kepada umum tentang kehamilan isteri keduanya, Adira.
Dikatakan sekarang ini Adira disahkan hamil tujuh minggu hasil perkahwinannya dengan Dato Red. Menerusi mStar Online, Dato Red menyatakan rasa syukurnya akan kehamilan isteri keduanya itu disamping memaklumkan makanan yang diidamkan isterinya kala hamil ini.
“Alhamdulillah, doktor sudah sahkan dia hamil tujuh minggu selepas kami buat pemeriksaan di klinik minggu lepas. Dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk cuma peliknya setiap hari dia mahu makan kari mamak, walhal sebelum ini dia tidak suka,” kata Dato Red kepada mStar Online.
Dalam masa yang sama, Dato Red menyatakan yang dirinyakan mengimpikan untuk mendapat cahaya mata lelaki bersama penyanyi terkenal ini. Menyentuh soal berbulan madu, Dato Red memberitahu “Saya memang sudah lama merancang untuk bawa dia bercuti tapi masih cari masa yang sesuai lagi. Adira suka pantai dan laut dan saya pula tidak suka. Insya-Allah, kalau dimurahkan rezeki saya ingin bawa dia bercuti ke Eropah.”
Bahkan, Adira juga dinasihatkan oleh suaminya itu agar memperlahankan kerja-kerja seninya buat sementara waktu kerana Dato’ Red sedang agak padat dengan kerjanya sekarang ini dan membuatkan Adira terpaksa bergerak sendiri ke lokasi kerja.
Tahniah buat Adira dan Datuk Seri Adnan. Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan menanti cahaya mata baru ini.