Oleh : Julia Azman
Gambar : Sumber Google
Lagi pelik lagi menarik perhatian! Mungkin itulah yang bermain dalam fikiran selebriti yang gemar bergaya pelik demi meraih spotlight. Masihkah anda ingat di zaman kegemilangan Lady Gaga yang sering tampil dalam persalinan mahupun pilihan aksesori yang unik membuatkan dia terus diingati.
Saya mahu mengajak anda mengimbas kembali gaya paling merepek pernah digayakan di permaidani merah.
1. LADY GAGA, 2009
Waktu ini dia sangat ligat dalam persalinan ekstravaganzanya! Walaupun ‘Meat Dress’ tetap diingati hingga kini tetapi gaynya bersama aksesori kepala ini telah dinobatkan salah satu aksesori memerbahaya.
2. CHER, 1987
Tidak memenangi sebarang trofi, namun gayanya masih segar diingati. Aksesori kepala bulu pelepah dia menjadi highlight pada malam gemilang Oscar 1987.
3. GWYNETH PALTROW, 2015
Nampak menawan namun jika aksesori kelopak bunga dialihkan ke bahagian lain atau dikecilkan bentuknya alangkah sempurnanya gaya Gwyneth Paltrow.
4. HELENA BONHAM CARTER, 2011
Ratu eksentrik ini memang terkenal dengan watak unconventional dan bukan itu sahaja dia sering tampil dengan gimik berbeza kala melangkah ke permaidani merah. Dia pernah mengikat bendera Britain di betisnya dalam salah satu gayanya di permaidani merah.
5. LIZZY GARDINER, 1995
Gaun paling bersejarah! Pereka kostum ini mengenakan gaun yang diperbuat daripada 254 kad kredit American Express di Anugerah Academy pada tahun 1995. Namun, kesemua kad tersebut sudah tamat tempoh!
6. DENCIA, 2016
Barangkali penyanyi muda ini peminat setia Hello Kitty! Tanpa segan silu dia menggayakan persalinan lengkap jumpsut rona merah jambu disemat pula dengan patung kartun Jepun sebagai penarik. Adakah dia nampak Kawaii di mata anda?
7. Z LA LA, 2015
Seperti ingin menjadi the next Gaga’s! Z La La juga kerap tampil dalam persalinan super pelik dan tidak mengikut tema. Jelasnya, itulah gaya yang ingin dia bawakan. Tidak seperti Lady Gaga, sekurang-kurangnya dia pernah juga tersenarai dalam kategori Best Dressed! Mungkin Z La La perlu bekerja keras untuk tampil dengan identiti tersendiri.
8. NICKI MINAJ, 2011
Sebelum gayanya terkini yang hanya gemar dengan persalinan nipis dan jarang! Gaya pada 2011 yang cuba dibawa oleh penyanyi rap terkenal ini cukup memeningkan! Terlalu banyak perhiasan aksesori ingin dia tonjolkan. Walaupun dia menggelarkannya sebagai Harajuku, tapi saya fikir semuanya tidak kena dengan personalitinya yang liar!