Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Pandora
Boleh kata bila tiba sahaja lebaran selepas sebulan berpuasa, ada sahaja jemputan ke rumah terbuka. Dalam sehari kadang-kadang lebih dari satu undangannya. Jadi, jika anda mahu mengulang pakai baju raya yang sama, ada cara untuk mempelbagaikan gayanya. Anda boleh hidupkan penampilan dengan penggayaan aksesori.
Dengan adanya koleksi terbaru dari Pandora untuk musim raya 2016 ini, lebaran anda akan lebih berseri-seri. Himpunan ini mengambil inspirasi oriental yang diadun mesra dengan ilham asar laut.
Koleksi kali ini bukan hanya diperkemas dengan menggunakan tangan, malah ia juga membawa kisah terperinci akan cerita negara-negara oriental di Asia. Cetakan dan reka bentuknya pula diilhamkan daripada lautan yang mencerminkan ketenangan sepanjang musim panas.
Gelang tangan perincian batu biru Pandora ini sesuai untuk digayakan bersama top peplum dengan lengan senteng.
Rantai leher serta gelang tangan ini lebih menyerlah andai digayakan bersama baju polos.
Cincin berhias batu inspirasi laut ini lebih menyerlah kalau anda gayakannya dengan ceraian fesyen yang berona putih atau hitam.
Rantai leher dengan kilauan loket motif bunga menyuntik nostalgia vintaj pada keseluruhan gaya.
Rekaan cincin dan anting-anting motif flora ini sesuai dikenakan bersama helaian raya untuk tampak lebih feminin.