Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Alif Satar
Sedang seronok menyambut lebaran dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan, penyanyi yang cukup terkenal, Alif Satar turut berkongsi berita gembira tentang kehamilan kali kedua isterinya baru-baru ini.
Alif berkongsi berita gembira ini kepada umum serta pengikutnya menerusi akaun Instagram miliknya berserta kapsyen pada gambar yang dimuat naiknya yang membawa mesej tersirat akan keterujaan dan kesyukurannya akan rezeki kedua ini.
Menerusi gambar tersebut juga, Alif meminta agar pengikutnya mendoakan semua perancangan dan urusannya akan berjalan lancar seperti yang diinginkan dalam menanti kelahiran anak keduanya ini.
Rata-rata pengikutnya cukup teruja dan mengucapkan tahniah kepada Alif serta isterinya akan berita gembira itu. EH! ucapkan tahniah buat Alif Satar dan isteri. Semoga segalanya dipermudahkan dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik berpanjangan.