Oleh : Khairul Abidin
Gambar : Burberry
Anak kepada pasangan ternama Britain, David dan Victoria Beckham, Brooklyn membuat debut kolaborasi pertama bersama Burberry pabila dia dipilih merakam gambar kempen haruman Burberry Brit untuk musim panas.
Selepas memberi klu akan kerjasama ini sejak Januari lalu, akhirnya potret-potret untuk kempen ini dikongsikan Burberry. Brooklyn merakam enam wajah baru Britain seperti Ben Rees, Lewis Helim, Todd Dorigo, Liv Mason Pearson, Maddie Demaine dan Harry Pourdjis. EH! kongsikan gambar belakang tabir penggambaran ini.
Pemilihan Brooklyn sedikit memeranjatkan dan ada juga yang mempertikaikan pemilihannya memandangkan pembabitannya dalam dunia fotografi terlalu hijau.
Ada yang berpendapat hubungan baik David dan Victoria yang selalu duduk di kerusi barisan hadapan pertunjukkan Burberry saban musim menjadi akses mudah baginya terpilih untuk merakam gambar kempen ini.
Dan mungkin juga Burberry sengaja mahu orang muda ditugaskan merakam wajah orang muda untuk kempen baru harumannya ini. Siapa tahu ini strategi Burberry.
Jom tengok gambar belakang tabir dan kempen hasil rakaman Brooklyn untuk Burberry Brit.