Oleh : Farhana Fuad
Gambar : TPGimages
Pasangan selebriti Hollywood ini sering menjadi perhatian dunia sejak hari pertama mereka dilihat bersama. Mereka sama cocok sama padan. Kedua-dua mereka juga terkenal dengan kerja-kerja kebajikan disamping sanggup mengambil tiga orang anak angkat dan ini menjadikan pasangan ini antara yang menjadi favourite di seluruh dunia.
Setelah 12 tahun bersama, akhirnya pada tahun 2014 Jolie dan Brad mengambil langkah besar untuk berkahwin. Namun, atas faktor tiada persefahaman antara satu sama lain, Jolie mengambil keputusan untuk memfailkan cerai pada 15 September lepas.
Ada laporan juga mengatakan yang faktor utama penceraian Jolie dan Brad adalah berpunca dari filem By The Sea yang diarah dan dilakonkan sendiri oleh pasangan ini. Cerita tersebut menceritakan pasangan suami isteri yang tidak bahagia dalam rumah tangga, dan dikatakan ia merujuk kepada kehidupan mereka. Dan ada juga khabar mengatakan Brad menjalin hubungan dengan Marion Cotillard.
Namun, Jolie menafikannya kerana baginya filem tersebut tiada kaitan dengan pertengkaran dan pergaduhan yang sering dilalui mereka selama ini. Dalam masa majoriti ramai peminat pasangan ini terkejut dengan berita ini, EH! himpunkan memori romantis Angelina Jolie dan Brad Pitt kala berada di hamparan merah acara-acara rasmi.