Gambar: Arkib EH!
Ibu kepada Lara Alana ini sering dilihat ke negara yang pesat dengan teknologi tinggi serta di mana terbitnya mentari, iaitu Jepun. Terutama sekali Tokyo, yang mana semua tahu kota ini antara kota termaju di dunia, terkenal juga dengan cost of living yang tinggi.
Ingin tahu apa yang Scha suka tentang Tokyo? Selebriti jelita ini kongsi perkara apa yang dia suka di sana.
Apa yang anda sukakan tentang Tokyo?
Orangnya, budaya, seni binanya dan tentu sekali fesyen mereka.
Destinasi di Tokyo yang paling anda sukai?
Shinjuku, Ginza, Shibuya dan Tokyo Tower.
Tempat mesti lawat dan mengapa?
Shinjuku dan Shibuya. Budaya mereka yang sopan tetapi tetap mengikut arus fesyen yang kadangkala sukar diterima akal. Disneyland dan Disneysea juga tempat yang mesti dikunjungi.
Restoran, kafe atau hidangan mesti cuba.
Any Japanese food, jika di Malaysia, semua makanan Jepun telah dibega untuk disesuaikan dengan selera tempatan.
Ke mana untuk membeli-belah?
Harajuku, Shinjuku atau Shibuya.
Mesti buat jika di Tokyo.
Jangan lepaskan peluang untuk melawat Disneyland atau Disneysea. Luangkan masa selama dua hari di sana!
Tip bagi sesiapa yang ingin ke Tokyo?
Mata wang di sana agak tinggi, jadi cuba kurangkan perbelanjaan untuk hotel dan pastikan anda membawa bekalan makanan sendiri.
Jangka masa paling ideal untuk melancong ke Tokyo?
Bagi saya 10 hari atau seminggu sudah mencukupi untuk explore satu Tokyo.