Sarapan adalah penting – namun perlu diingat agar tidak mengambilnya dengan keterlaluan. Anda perlu sentiasa cuba untuk kekalkan keseimbangan dalam sarapan anak anda.
5 Kumpulan Makanan Untuk Kanak-Kanak
Telur/Daging/Kacang (Protein)
Protein dan karbohidrat dapat membantu anda berasa segar pada waktu pagi. Pengambilan telur merupakan cara penyelesaian mudah dan pantas kerana telur hanya mengandungi 70 kalori. Sama seperti makanan lain, anda perlu memastikan ianya diambil dalam kadar sederhana kerana jika diambil secara berlebihan, boleh menyebabkan peningkatan tahap tahap kolestrol. Elakkan diri daripada mengambil makanan yang mengandungi lemak yang tinggi seperti sosej dan sebaliknya, cuba hirisan dada ayam.
Tip: Cuba satu daripada sarapan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu roti bakar dengan telur separuh masak bersama segelas MILO – kanak-kanak pun pasti menyukainya. Jika di rumah, sudah mencukupi dengan hanya menghidangkan roti bakar. Cadangan lain ialah roti bakar dihidangkan bersama kacang panggang yang amat digemari kanak-kanak.
Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan (Serat, Vitamin dan Mineral)
Pasti sesetengah orang sudah ketahui bahawa serat amat penting untuk penghadaman dan ia boleh diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan gandum. Serat membantu mengelakkan dari penyakit sembelit yang sering dialami oleh kanak-kanak.
Tip: Anda boleh mencuba roti bakar gandum bersama hirisan pisang yang disapu dengan mentega kacang. Jika anda ingin menyediakan sandwic telur atau tuna pastikan anda tambah lapisan salad atau tomato . Pastikan anda memilih buah-buahan berbanding jus kerana ia mengandungi lebih serat.
Bijirin
Bijirin kaya dengan vitamin B riboflavin, thiamine dan niacin yang membantu memberi tenaga melalui makanan. Selain roti, anda boleh hidangkan bijirin gandum kepada anak-anak anda.
Tip: Untuk menambah rasa dalam bijirin, cuba hidangkan bersama MILO yang mengandungi kelazatan malt coklat.
Kalsium penting dalam pembinaan tulang yang kuat sewaktu pembesaran anak-anak anda. Kalsium juga memainkan peranan penting dalam memastikan otot dan saraf berfungsi dengan sempurna.
Tip: Yogurt, smoothies dan keju merupakan sumber kalsium yang berkhasiat; cuma tambahkan sekeping keju di dalam sandwic tuna anak anda.