Oleh: Farhana Fuad
[soliloquy slug=”iphone-se”]
iPhone SE
Apple memperkenalkan gajet terbarunya dengan inovasi lebih menarik dengan iPhone SE. Ianya direka dengan skrin paparan 4 inci sama seperti iPhone 5S sebelum terhasilnya iPhone 6 dan 6S.
Menurut kata Phill Schiller, Naib Presiden Kanan Pemasaran Apple, mereka kembali kepada reka saiz yang sama seperti iPhone 5S kerana saiznya yang kecil memudahkan lagi penggunaan telefon pintar.
Namun, yang membezakan antara iPhone 5s dan iPhone SE adalah teknologi dan kepantasan cip yang digunakan pada iPhone SE jauh lebih baik iaitu dengan cip A9 yang turut direka dalam iPhone 6S.
Manakala, kamera iPhone SE dihasilkan dengan 12-megapiksel yang mana boleh merakam video bersaiz 4K. Bahkan, gambar yang diambil akan menjadi lebih hidup dan segar seolah wujud di hadapan paparan skrin bersaiz 4 inci dengan retina display ini. Hasilnya, iPhone SE tampak kecil tetapi punya kehebatan yang luar biasa.
iPhone SE yang membawa maksud Special Edition ini bakal hadir dengan rona yang sama seperti iPhone 5s iaitu space grey, silver, emas dan yang terbaru adalah rose gold. Ianya dicipta dengan 16GB dan 64GB kapasiti dengan harga 399 US dolar (RM1600) dan 499 US dolar (RM2000).
Ciptaan terbaru dari Apple ini bakal mula dengan sesi pre-oder di Amerika Syarikat pada 24 Mac ini dan akan mula dipasarkan pada 31 Mac nanti. Selebihnya sebanyak 110 buah negara bakal mula dilancarkan penjualan pada hujung bulan Mei nanti.
iPad Pro
[soliloquy slug=”ipad-pro”]
Sebelum ini, sememangnya iPad Pro sudah pun dilancarkan pada umum dengan saiz skrin paparan berserta retina display iaitu 12.9inci. Kini, Apple hadir dengan saiz yang lebih kecil untuk iPad Pro yang mana bersaiz 9.7inci.
Ianya dicipta dengan pemproses terbaru A9X. Bahkan ianya direka dengan ‘pro display’ dan hadir dengan gamut warna yang lebih besar dan lebih 25% colour saturation. Tambah Phill Schiller ketika di majlis pengumuman tersebut, yang mengujakan lebih-lebih lagi buat jurugambar dan mereka yang ambil berat tentang ketepatan rona, iPad Pro bersaiz 9.7 inci ini mempunyai ciri-ciri paparan True Tone.
True Tone merupakan sensor yang mana ianya mengikut rona pencahayaan sekeliling dan secara automatik mengubah cahaya paparan supaya sesuai dan selesa untuk penglihatan mata. Ianya juga mempunyai kehebatan kamera belakang sebanyak 12 megapiksel dan 5 megapiksel pada kamera hadapan.
iPad Pro dengan ciri-ciri penggunaan WiFi sahaja tanpa selular bakal memasuki pasaran Malaysia sekitar selepas 31 Mac dengan versi 32GB pada harga 599 US dolar (RM2429), 128GB pada harga 749US dolar (RM3036) dan 256GB pada harga 899 US dolar (RM3644).
Manakala iPad Pro dengan ciri-ciri WiFi dan versi selular dengan kapasiti 32GB, 128GB dan 256GB bermula 729US dolar sehingga 1029 US dolar.