Oat
Sekali mandian oat sebenarnya merupakan satu cara lama untuk hilangkan masalah kulit. Kisar secawan oat sehingga menjadi serbuk halus dan tuangkan ke dalam sehelai stokin nipis lama. Ikat pembukaan stokin tersebut dan gantungkannya di bahagian pili air tab mandi anda supaya ia dibasahi dengan air terus dari paip. Penuhkan air dalam tab mandi dengan air suam dan rendam stokin yang dipenuhi kisaran oat tersebut selama 30 minit. Kemudian rendam tubuh anda di dalam tab dan anda akan lihat impaknya pada ruam tersebut serta merta.