Gambar : Instagram Nora Danish
Sebelum ini aktres jelita Nora Danish menyatakan yang dirinya dan Nedim Nazri bakal berkahwin tahun ini juga. Namun mereka belum lagi mengumunkan tarikh muktamad untuk hari perkahwinan mereka itu nanti.
“Seperti yang kami rancang, memang tahun ini (perkahwinan berlangsung). Saya akui memang sibuk dengan kerjaya, namun masih ada masa untuk merancang majlis kami. Kami juga tidak bercadang untuk mengadakan majlis besar-besaran, sebaliknya cukuplah untuk melaksanakan perkara wajib saja,” kata Nora Danish kepada BH Online.
Antara lokasi majlis perkahwinan yang menjadi pilihan ibu kata Putera Rayqal ini ialah Bali, Indonesia. Menurut Nora, Bali merupakan lokasi impiannya untuk mengadakan majlis perkahwinan kerana tertarik dengan keindahan semula jadi kepulauan Indonesia itu.
Gambar : Instagram Nora Danish
Nora pada masa yang sama meminta kepada peminat-peminatnya untuk mendoakan yang terbaik buat perancangan mereka itu.
“Kita hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukan semuanya. Kami memang merancang (untuk berkahwin) pada tahun ini dan sedang berusaha ke arah itu.”
“Sudah lebih tiga tahun kami bersama dan saya bersyukur kerana dia sentiasa ada di sini ketika susah dan senang,” kata Nora.