Oleh : Farhana Fuad
Gambar : SK-II
Bermula Ogos ini, SK-II sekali lagi melancarkan tawaran buat pereka kecantikan di Asia merebut peluang meluaskan skil kecantikan mereka dalam bentuk digital ke peringkat lebih tinggi.
Tahun ini, Beauty Bound tampil dengan siri reality online yang juga akan melibatkan barisan pengadil dan mentor dari industri kecantikan.
Siri web Beauty Bound akan memaparkan sesi percubaan dan kejayaan pereka kecantikan yang disenarai pendek, bermula dari momen mereka menghantar video pertama sehingga ke pengalaman memasuki separuh akhir, dua hari boot camp yang dipanggil Beauty Base sampai ke grand finale.
Siri web ini akan dipaparkan menerusi YouTube dan akan dikongsikan ke platform yang pelbagai dari negara-negara yang terlibat pada Februari 2018, dan ini sekaligus memberi peluang kepada pereka kecantikan untuk meningkatkan pendedahan mereka kepada dunia.
Yang istimewanya tahun ini, peserta bakal ditempatkan di bawah sayap pereka kecantikan yang terkenal dan pakar dalam industri kecantikan untuk dimasukkan ke dalam pembuatan video secara online dan selebriti. Dengan cara ini ia sedikit sebanyak membantu peserta untuk mengasah bakat mereka dengan lebih berjaya.
Tahun ini, blogger dan YouTuber kecantikan terkenal, Tashy dari Beauty with Tashy, aktres Sharifah Sakinah dan digital illustrator serta Ola Bola aktres, Marianne Tan akan turut sama menjadi pengadil dari Malaysia.
Juara untuk Beauty Bound akan menerima jemputan eksklusif SK-II Global Beauty Circle, yang mana akan termasuk trip yang ditaja penuh ke acara global SK-II, rangkaian dan peluang berkolaborasi bersama pereka kecantikan terkenal, eksklusif program selama seminggu di Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh pakar industri kecantikan seperti StyleHaul, peralatan penghasilan video profesional dan produk SK-II yang bernilai untuk kegunaan setahun.
Syarat kelayakan :
- Berusia 18 tahun dan ke atas
- Mesti mempunyai kewarganegaraan negara yang turut terlibat dalam Beauty Base
- Tidak terikat dengan sebarang kontrak bersama jenama produk penjagaan kulit yang lain
- Mempunyai pasport sah semasa tarikh-tarikh Finale
- Tidak lebih dari 50,000 subscibers/pengikut di saluran sosial media
Cara-cara untuk sertai :
-
- Tidak lebih dari 3 minit, perkenalkan diri dan impian anda.
- MESTI sertakan hashtag di dalam video tersebut : #skii #sk2 #changedestiny #beautybound
- MESTI mempunyai #changedestiny di dalam tajuk video rakaman anda tersebut.
- MESTI memuat naik video ke dalam akaun YouTube, Facebook atau Instagram dan pastikan ia terbuka untuk tontonan umum.
- Isi borang di Beauty Bound TV dan sertakan satu link ke video anda.
*Penyertaan untuk warganegara Malaysia akan ditutup pada 21 Ogos nanti. Untuk maklumat lanjut sila layari www.beautybound.tv.