Oleh : Farhana Fuad
Impiannya untuk memegang trofi ABPBH29 tercapai apabila Fathia Latiff memenangi satu trofi untuk kategori Pelakon Filem Wanita Terbaik. Setelah bertahun lamanya menapak di industri hiburan tanah air, Fathia bersyukur dengan kemenangannya kali ini.
Kala ditemui di sidang media ABPBH29 baru-baru ini, Fathia dilihat tenang dan anggun dengan penampilan barunya kini yang telah berhijab sepenuhnya.
https://www.instagram.com/p/BFLfwb-kngY/?taken-by=fatiyalatiff&hl=en
Tidak menyangka yang dirinya boleh memenangi satu trofi di acara penganugerahan tahunan ini. Mengulas lanjut yang dirinya percaya yang segalanya adalah rezeki dari Tuhan.
“Fathia percaya yang ini semua adalah rezeki dari Tuhan. Fathia sangat tidak menjangka akan kemenangan ini. Alhamdulillah kerana ia rezeki buat Fathia dan Fathia sangat gembira,” ujarnya.
“Fathia tak sangka yang Fathia boleh memenangi untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular kerana Fathia rasa, Fathia lebih banyak keluar menerusi TV. Itu semua rezeki Allah.”
Apabila ditanya oleh media yang hadir tentang adakah dirinya merasakan yang hijab membawa kepada rezeki ini, Fathia menjawab “Sebenarnya, bukan atas sebab hijab sahaja. Tapi bagi Fathia, Fathia believes that when you chase Allah, the world will chase you, without struggling. It’s simple as that. Dulu Fathia tidak faham pasal rezeki. But now, I realized about it.”
https://www.instagram.com/p/BFKMcKXEntd/?taken-by=fatiyalatiff&hl=en
Fathia mengaku yang dirinya tidak sempurna sepenuhnya lagi dan masih lagi belajar yang terbaik. Pelakon jelita ini juga menyatakan yang dirinya memilih gaya hidupnya kini adalah kerana Allah dan bukannya untuk orang lain.
Fathia turut menyatakan yang dirinya menerima teguran peminat-peminatnya di media sosial jika dirinya masih mengenakan seluar denim atau sebagainya. Pemenang untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular ini juga berterima kasih atas komen-komen peminatnya yang tidak henti menyalurkan kata-kata positif dan semangat untuk dirinya terus berubah ke jalan Allah.