Oleh: Mujahid Saddam
Gambar: TPGVIP
Anugerah Emmy kembali lagi bagi meraikan bakat hebat di kaca televisyen. Seperti biasa, acara karpet merah menjadi tumpuan kelompok fesyen dengan kehadiran bintang ternama melalui persalinan adibusana mewah penuh bergaya. Tahun in menyaksikan pelakon-pelakon drama bersiri ini tampil lebih berani dengan mengambil risiko dalam pemilihan persalinan. EH! menghimpunkan best dressed pilihan kali ini.
1. KERRY WASHINGTON
Sememangnya tidak pernah mengecewakan, Kerry Washington yang terkenal dengan pilihan busana penuh risiko tampil dengan dress Prada ringkas tetapi bold membuatkannya tampil chic.
2. MICHELLE DOCKERY
Seperti wataknya di dalam drama bersiri Downton Abbey, Michelle Dockery membuktikan dia juga seperti Lady Mary dengan tampil elegan melalui persalinan Rosie Assoulin ini.
3. LIZZY CAPLAN
Muka baru di kategori best dressed, Lizzy Caplan membuktikan bahawa gayanya tidak harus dipandang sebelah mata! Pelakon Masters of Sex ini seakan memberi statement bahawa black is not boring melalui gaun hitam berleretkan rona putih Donna Karan Atelier.
4. SARAH HYLAND
Membawa trend crop top ke acara permaidani merah, gaun dari Christian Siriano ini membawa gaya fresh, fun dan flirty sesuai dengan imej serta usianya yang masih muda.