Elizabeth Hurley
Aktres ini sering dilihat tampil seksi menggoda dengan pakaian renang jenamanya sendiri. Walaupun sudah berumur 51 tahun, Hurley masih lagi tampak muda. Kunci utamanya untuk kekal remaja adalah dengan memastikan dirinya sentiasa sibuk setiap masa. Katanya, “Jika anda punya masa untuk berfikir yang anda sudah menua, jadi itu bermakna yang anda tidak cukup sibuk. Sibuk dengan aktiviti menarik adalah kunci untuk tampil berseri dan menarik. Orang yang sentiasa duduk di hadapan cermin dan memikirkan usia yang makin meningkat adalah orang yang paling bodoh di dunia.”