Oleh : Farhana Fuad
Brad Pitt kini berhadapan dengan tuduhan yang mana dia didakwa memukul salah seorang anaknya ketika dalam penerbangan pulang dari Perancis ke Los Angeles. FBI mengesahkan yang sekarang ini mereka sedang melakukan siasatan lanjut berikutan tuduhan tersebut.
Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga Los Angeles menerima aduan tersebut menerusi individu yang tidak didedahkan namanya. Menerusi tuduhan tersebut, dikatakan Pitt telah bertindak kasar secara fizikal dan lisan kepada seorang anaknya berikutan pertengkarannya bersama Angelina Jolie.
Menurut sumber terdekat yang memaklumkan kepada portal PEOPLE, Pitt tidak bertindak seperti mana tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
“Pitt sedang berada dalam keadaan mabuk ketika itu dan pada masa yang sama Pitt dan Angelina sedang dalam pertengkaran. Ketika itu juga ada pertengkaran ibu bapa dan anak yang tidak dikendalikan dengan cara yang betul. Dia menekankan yang mana situasi tegang itu tidaklah sehingga ke tahap penderaan fizikal yang mana tiada siapa pun yang dicederakan. Pitt tidak mengangkat tangan sekalipun ke atas anaknya,” menurut kata sumber.
Sumber tersebut turut menyatakan yang mana sebarang tuduhan ke atas Pitt itu adalah kombinasi untuk memperbesarkan masalah dan penipuan.
“Mereka cuba memperbesarkan kebenaran di sebalik perkara kecil dan disebabkan itu DCFS mula masuk campur. Dengan cara memanipulasi semula kebenaran tersebut, pihak Angelina boleh mendapat hak penjagaan anak-anak.
“Pitt mengambil serius akan masalah ini dan dia tidak melakukan sebarang penderaan ke atas anak-anaknya. Malangnya, orang yang terlibat dalam kes ini terus menerus mencuba untuk membawa Pitt ke arah situasi yang lebih teruk,” kata sumber tersebut.
Tambahnya lagi, aktor By The Sea ini tidak lagi dilihat bersama anak-anak sejak beberapa hari ini. Angelina dan Pitt juga langsung tidak menghubungi antara satu sama lain sejak Angelina memfailkan penceraian tersebut.