Gambar: TPGimages
Siapa yang tidak kenal Charlize Theron. Dia antara pelakon ternama yang sudah membintangi banyak filem kelas A di Hollywood seperti The Devil’s Advocate, Mad Max dan banyak lagi.
Malah dia juga pernah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Academy Awards menerusi wataknya sebagai pembunuh dalam filem Monster. Bersempena dengan pelancaran J’adore dalam versi EDT, EH! berpeluang menemu bual bintang J’adore sendiri, Charlie Theron.
Apakah produk penjagaan kulit yang sering anda gunakan?
Bunyinya seperti pretentious tapi sejujurnya saya memang menyenangi rangkaian Dior Prestige. Ia sesuai dengan kulit saya dan memang berkesan.
Ada sebarang tip solekan yang ingin anda kongsikan?
Apa yang selalu saya buat ialah saya mesti gunakan pengepit bulu mata (eyelash curler) sebelum saya memakai maskara. Saya tidak boleh bayangkan mencalit maskara tanpa mengepit bulu mata terlebih dahulu.
Haruman kegemaran anda?
Mestilah J’adore. J’adore baru dalam versi EDT baunya ringan dan nota harumannya jelas.
Stail kesukaan anda?
Sejak dulu lagi saya suka menyarung jean. Itulah gaya yang saya senangi.