Spring 2026 milik Calvin Klein dan Jung Kook! Dalam kempen denim terbaru ini, ikon global itu sekali lagi memukau peminat dengan gaya yang bold dan penuh aura.
Menjadikan denim sebagai ekspresi utama gaya peribadi, Jung Kook menjadi perhatian dalam kempen Spring 2026 Calvin Klein yang diarahkan dan difilemkan oleh Mert Alas.
Jung Kook sekali lagi mencuri perhatian dalam kempen Spring 2026 Calvin Klein. Dalam setiap langkah yang bergaya, Jung Kook memancarkan aura moden dan confident yang sejajar dengan reputasi globalnya sebagai ikon fesyen, menjadikan setiap penampilan lebih berkarakter dan memukau.


Dengan mengenakan kemeja-T logo kasual dan jaket bomber oversized, mencipta gaya yang lebih santai dan mudah digayakan. Kombinasi ini menekankan keselesaan tanpa perlu mengorbankan estetika. Gaya oversized dan logo yang jelas menyerlahkan lagi identiti Calvin Klein yang bold dan standout.
Dari potongan ‘90s Straight’ yang bersahaja dan siluet baggy seluar jean yang bebas, terjemahan semula gaya jaket trucker ikonik sebagai statement. Setiap helaian direka semula dengan elevated washes dan perincian moden, menjadikannya fleksibel untuk digayakan dalam pelbagai situasi. Potongan klasik ini mengekalkan aura nostalgia 90-an tetapi diperbaharui dengan sentuhan kontemporari, menunjukkan bahawa denim boleh menjadi simbol gaya peribadi yang abadi.
Kempen ini membawa penonton melalui satu siri dunia yang mengasyikkan, semuanya disatukan dengan gaya, sikap dan cara hidup Jung Kook. Setiap babak menggabungkan fesyen dan hiburan dengan unik, diiringi muzik yang catchy dan gerakan tarian ikonik Jung Kook yang memukau ramai. Interaksi antara muzik dan pergerakannya, lengkap dengan penampilan cameo legenda New York City, Rosie Perez, memberi impak yang sangat sinonim dengan visual storytelling ikonik Calvin Klein.


“Saya memang suka jeans Calvin Klein sebab keselesaannya dan sesuai untuk dipakai setiap hari,” kata Jung Kook. “Gaya dalam kempen ini diinspirasikan daripada estetika 90-an, tapi masih terasa sangat moden. “Menggabungkan muzik, tarian dan fesyen melawan energi kota yang dinamik memang satu pengalaman yang menarik.”
Baca: Sempurnakan Gaya Lebaran Anda dengan Sepatu Pilihan EH!






