Gambar : Shutterstock
Biasanya wanita mahukan permulaan sesi mesra di kamar dengan sesuatu yang perlahan dan boleh tingkatkan mood berahinya sebelum berganjak dengan sesi yang lebih serius.
Bercumbu adalah salah satu sesi yang paling penting untuk naikkan mood romantis suami dan isteri supaya langkah seterusnya lebih fun dan masing-masing menikmatinya dengan sepenuhnya.
Ada caranya kala bercumbu supaya boleh tingkatkan nafsu berahi kalian. Mungkin boleh cuba praktiskan bersama pasangan kala di kamar tidur nanti.
Berbisik di telinganya untuk lebih sweet.
Dengan berbisik terus ke telinga si dia, pastinya ia sebagai tanda yang mana anda mahukan sesuatu yang istimewa malam itu. Ia sedikit sebanyak menaikkan lagi aura seksi itu dengan sendirinya.
Tukar posisi
Posisi mainkan peranan kala bercumbu. Lagi ekstrem, lagi seksi. Lelaki sukakan jika si isteri suka bereksperimentasi dengan kedudukan kala menikmati sesi percumbuan. Cuba duduk di atas riba si dia dan gunakan kaki untuk memeluk tubuhnya. Sambil itu, cuba bermain dengan rambut dibahagian belakang kepalanya untuk lebih seksi.
Sentuh tubuhnya dengan tangan
Kala bercumbuan, cuba berikan si dia sentuhan di bahagian dada, leher atau belakang tubuhnya. Ia menjadikan sesi percumbuan kalian lebih intim.
Gambar : Cosmopolitan.my