Lemon
Anda tidak perlukan sebarang perangkap semut di rumah anda. Anda hanya perlu perah sedikit air lemon di ambang pintu dan tingkap rumah. Kemudian perah lemon di mana-mana lubang atau retakan yang mempunyai jalan masuk semut ke dalam kediaman anda. Anda juga boleh letakkan sehiris lemon di bahagian sisi pintu rumah anda untuk memberi amaran pada semut agar tidak menceroboh masuk.