Limau Dan Putih Telur
Lemon terbukti dapat mencerahkan kulit secara semula jadi. Hiris buah lemon dan perah jusnya ke dalam sebuah mangkuk. Campurkan putih telur serta gaul rata. Gunakan berus untuk menyapu campuran tersebut ke seluruh bahagian badan. Biarkan ia mengering selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.