Chamomile
Chamomile sememangnya berkhasiat dalam mencerahkan kulit. Ia juga baik untuk mengatasi masalah lingkaran gelap bawah mata. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencelup uncang teh chamomile ke dalam air panas dan biarkan ia sejuk. Letakkan uncang teh tersebut ke atas kedua-dua belah mata anda. Amalkannya sekali dalam dua minggu untuk hasil yang lebih menakjubkan.