Jean-Baptiste Mondino hasilkan filem mewah baru untuk haruman J’adore Dior dengan menampilkan Charlize Theron, duta jenama itu dalam persalinan mewah yang cukup menggoda.
J’adore merupakan haruman Dior yang berformulakan gabungan dua jenis bunga melur dari Grasse dan India. Nota buah orange blossom menyempurnakan haruman yang serba feminin dan sarat flora ini.
Menerusi filem baru ini, Theron muncul dalam suasana yang serba luas, bebas serta bermainkan dengan elemen alam semula jadi yang terbentang indah.
Berlatar belakangkan rekaan gurun yang dikelilingi air serta batuan kering menghadap terus ke langit luas. Mood filem lebih mengetengahkan rona-rona hangat untuk mencerminkan tona semula jadi dan bumi.
Filem ini hanya berpandukan pada cahaya semula jadi dan percayalah yang setiap gambar-gambar yang di ambil ternyata asli dan tidak memerlukan sebarang touch-up. Kuncinya adalah hanya perlukan tahap kesabaran yang tinggi dalam mendapatkan shot yang menarik.
Apa yang menariknya lagi, filem ini hanya punya beberapa jam sahaja untuk rakaman suasana senja. Seharian mereka di lokasi hanya menanti waktu matahari berlabuh dan ini yang menjadikan hasil filem J’adore ini mewah serta luar biasa.
EH! kongsikan filem The Absolute Femininity serta gambar di sebalik tabir perfileman video J’adore Dior ini.
https://www.youtube.com/watch?v=OaJ-TE1xZVA