Rozita Che Wan dan keluarga kini sudah terbang ke Santorini bersempena hari ulang tahun kelahiran anak bujangnya, Ammar Effendy. Setiap tahun, pelakon serta usahawan jelita ini pastinya meraikan hari lahir ahli keluarganya dengan sesuatu yang istimewa.
Tahun lalu, anak lelaki Che Ta itu mendapat jam tangan Bell & Ross sebagai hadiah ulang tahun kelahiran, tetapi tahun ini Che Ta membawa mereka sekeluarga terbang ke destinasi percutian yang cukup indah dan santai pilihan Ammar sendiri.
Bukan hanya percutian, malah ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini turut akan memberikan hadiah istimewa buat Ammar. Namun masih belum diketahui lagi akan perkara berkenaan.
Bagi Che Ta, berbelanja lebih dan mewah untuk anak tiada salahnya selagi dirinya masih lagi berkemampuan untuk memberi. Percutian Che Ta bersama suami, Zain Saidin, dua anak bujangnya dan Aaisyah tidak sah tanpa gambar-gambar cantik yang dikongsikan di Instagramnya.
EH! kongsikan beberapa keping gambar percutian keluarga Che Ta di Santorini.