Dituduh mengelak membayar cukai oleh seorang pengikutnya di laman Instagram, Che Ta balas komen kritikan tersebut.
Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dilaporkan disekat dari keluar negara baru-baru ini berikutan tunggakan cukai yang masih belum dapat dilangsaikan.
Che Ta sebelum ini memberikan penjelasan pada pihak BH Online yang mana dia masih belum mampu untuk menyelesaikan tunggakan tersebut kerana amaunnya terlalu besar.
Gara-gara isu tersebut, seorang pengikutnya di laman Instagram telah menulis komen ke atas sekeping gambar miliknya yang berunsur provokasi. Disebabkan tidak boleh bertahan lagi, Che Ta dikatakan mengamuk diruangan komen tersebut.
Namun, dikatakan yang komen-komen tersebut telah pun dipadamkan menerusi akaun Instagram Che Ta disebabkan mereka saling berbalas komen di ruangan itu.
Walaubagaimanapun, majoriti peminat Che Ta menyokong tindakan pelakon jelita tersebut kerana mereka beranggapan yang isu tersebut tidak patut dipanjangkan lagi.
Ada di antara pengikut Che Ta yang meminta ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu bersabar atas apa yang berlaku kepada dirinya yang sehinggakan terpaksa membatalkan penerbangannya ke London untuk meraikan hari ulang tahun kedua anak perempuannya itu.