Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Chloe Grace Moretz dan Brooklyn Beckham
Sebelum ini Brooklyn Beckham iaitu anak kepada bekas pemain bola sepak dunia, David Beckham menafikan yang dirinya menjalinkan hubungan bersama selebriti muda Hollywood, Chloë Grace Moretz yang sedang hangat dengan filem Bad Neighbours 2.
Terbaru, Chloë Grace Moretz sendiri membuat pengakuan yang mereka sememangnya sedang mempunyai hubungan cinta. Selama beberapa tahun, pasangan muda ini dikatakan mempunyai hubungan ‘on and off’.
“Ya, memang benar kami sedang menjalinkan hubungan istimewa. It’s fine. It’s no biggie. Dan saya fikir bila saya bersikap lebih terbuka dan berkongsi dengan dunia, orang akan mula kurang ambil peduli. Jadi ya, saya dan Brooklyn sedang menjalin hubungan,” ujar Chloë kepada media antarabangsa.
Chloë turut membuat kenyataan tentang hubungannya ketika muncul menerusi program The Talk. “Kami sebelum ini punya hubungan on and off selama beberapa tahun dan kami bersetuju untuk menjadikan ia satu hubungan yang serius (rasmi). Kami selalu lari dari orang ramai yang ingin mengambil gambar kami berdua dan ia meninggalkan kesan pada perhubungan kami. Kami tidak boleh ke restoran yang kami inginkan atau juga menonton wayang bersama. Jadi saya rasa, jika kami lebih berterus-terang tentang hubungan kami dan biarkan mereka mengambil gambar kami berdua, mereka tidak akan lagi peduli seperti sebelum ini.”
Baru-baru ini, Chloë dan Brooklyn turut memuat naik beberapa keping gambar bersama dan mengakui perhubungan mereka secara terbuka.
https://www.instagram.com/p/BFwSEtaRbOX/?taken-by=brooklynbeckham
https://www.instagram.com/p/BFgQMmtRbNk/?taken-by=brooklynbeckham
https://www.instagram.com/p/BFE3Xc0xbJo/?taken-by=brooklynbeckham