City bags kembali trending! Kalau anda perasan, beg dengan bentuk yang kemas dan saiz yang praktikal kini kembali semula didalam dunia fesyen.
Rekaan ini pernah menjadi antara beg yang paling popular sekitar era 1990-an hingga awal 2000-an.
Kini, trend beg era 90-an dan 00-an datang semula dengan mencuri perhatian para wanita, dengan beberapa rumah fesyen memperkenalkan semula sileut ikonik dalam versi yang lebih moden dan boleh diterima oleh orang ramai.
Jika anda sedang mencari beg yang mudah dipadankan tetapi masih tampak bergaya, jom ikut Eh! Intip 7 city bags yang boleh menjadi pilihan anda.
Balenciaga Le City Bag (RM14,500)

Antara city bags yang paling ikonik tidak lain tidak bukan adalah Balenciaga Le City Bag yang kembali mejadi perhatian dalam trend fesyen semasa.
Untuk kegunaan harian, versi Large in Black menawarkan ruang yang cukup luas tapi tidak mengorbankan bentuknya yang kemas dan flexible.
Beg ini diperbuat daripada lambskin dan mempunyai dua pemegang tangan berjalin dengan wax cord.
Ia turut dilengkapi tali bahu yang boleh dilaraskan dan ditanggalkan, membolehan beg ini dipakai secara hand carry atau crossbody. Dengan ruang untuk memuatkan telefon, buku, tablet dan laptop, Le City bukan sekadar cantik tetapi juga praktikal untuk kegunaan seharian.
Miu Miu Pocket Nappa Leather Top-Handle Bag (RM19,400)

Bagi yang menggemari rekaan yang lebih tampak mewah, Miu Miu Pocket Nappa Leather Top-Leather Handle Bag memberikan interpretasi lebih sophisticated terhadap city bag.
Rekaan top-handle ini mengambil inspirasi daripada pocket bag ikonik Miu Miu, tetapi dengan saiz yang lebih besar.
Ia menggunakan aged Nappa leather yang memberikan tekstur lembut dan gaya rekaan luaran yang kelihatan vintaj.
Menariknya, beg ini mempunyai beberapa poket termasuk poket berzip dibahagian depan dan belakang serta flap poket pada sisi.
Lengkap dengan gold-tone hardware dan cotton satin lining, rekaan ini sesuai untuk mereka yang mahukan beg yang lebih praktikal yang sesuai untuk pergi ke acara istimewa dengan kemasan yang luxurious.
Prada Bonnie Medium Nubuck Leather Handbag (RM14,000)

Rekaan ini pula memberikan pendekatan yang lebih understated dan simple. Rekaan Bonnie diperkenalkan semula dari musim ke musim dalam pelbagai material, termasuk nubuck leather untuk versi ini.
Ia mempunyai tali bahu yang boleh dilaraskan dan ditanggalkan, menjadikkanya lebih mesra untuk digayakan. Di bahagian dalam menggunakan kombinasi Nappa leather dan logo-print nylon, lengkap dengan metal hardware.
Rekaannya yang tidak kelihatan terlalu berlebihan membuatkan beg ini sangat sesuai untuk digayakan ke pejabat ataupun harian.
Versace Tag Nappa Bowling Bag (RM3,600)

Mahukan sesuatu yang lebih menonjol? Versace Tag Nappa BOwling BAg mungkin lebih sesuai untuk anda. Beg ini diperbuat daripada ultra-soft Nappa leather, beg ini dihiasi dengan Versace lettering dan Medusa hardware yang menjadi identiti jenama.
Ia mempunyai top zip closure, adjustable top handle, interior slip pocket serta removable keychair tag. Bentuk beg boling yang memberikan sedikitan sentuhan retro, manakala kemasan Versace menjadikannya lebih moden dan bold.
Coach Belted Ergo Shoulder (RM1,600)

Untuk pilihan yang lebih mudah didekat, Coach hadir dengan rekaan yang ringkas tetapi tetap menarik dan sesuai untuk dipakai oleh para wanita. Beg ini memggunakan gabungan Signature Jacquard dan grain leather yang asli, memberikan rekaan tersebut mempunyai tesktur yang lebih menarik.
Bahagian dalam pula mempunyai pelbagai fungsi dimana sesuai untuk menyimpan barang dengan lebih kemas dan teratur.
Dengan zip-top closure dan regenerative cotton lining, beg ini sesuai untuk kegunaan harian, terutama jika anda mahukan sesuatu yang boleh dibawa dari pejabat ke hujung minggu.
Chloé Paddington Bag In Grained Leather (RM12,800)

Bagi penggemar gaya 2000-an, Chloé Paddington Bag pasti akan kelihatan familiar
Menggunakan grained buffalo leather, beg ini mempunyai tesktur yang memberikan karakter pada keseluruhan rekaannya. Bahagian dalam yang menggunakan cotton lining, manakala di poket luar dilapisi suede calfskin.
Siluetnya yang nostalgik menjadikan PAddinton pilihan menarik untuk membawa kembali sedikiti aesthetic 2000-an ke dalam gaya semasa, tambah lagi beg ini sesuai untuk para wanita yang mempunyai gaya maksimalisme.
Marc Jacobs The Christina Satchel (RM2,900)

Melengkapkan senarai ini ialah The Christina Satchel daripada Marc Jacobs. Ia hadi dalam saiz small dan medium serta ia turut diperbuat daripada soft Nappa leather yang memberikan kemasan lebih lembut.
Rekaannya mengambil inspirasi daripada elemen ikonik dalam arkib Marc Jacobs, dengan sentuhan perincian scrunch sebagai salah satu ciri yang menarik perhatian.
Ringan dan versatil, Christina Satchel sesuai untuk mereka yang mahukan beg yang comel dan nostalgik tetapi tetap relevan degan gaya harian.
Artikel Berkaitan: Trend Slouchy Bag Sedang Mendominasi Dunia Fesyen, Ini 3 Jenama Lokal Pilihan EH!
