Gambar : Instagram Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo secara rasminya melancarkan hotel baru miliknya yang diberi nama ‘Pestana CR7 Lisboa’. Ia merupakan langkahnya untuk kehidupan selepas berakhirnya karier sebagai pemain bola sepak itu kelak selepas meningkat usia.
Gambar : TPGimages
“Hidup ini bukan hanya soal bola. Walaupun bermain bola adalah passion utama saya, tetapi saya mesti kena mula berfikir tentang masa hadapan saya. Saya tidak mempunyai banyak tahun, mungkin 10 tahun lebih atau kurang, jadi saya perlu mula fikirkan tentang kehidupan selepas kerjaya ini,” kata Ronaldo di pelancaran itu.
Ia adalah hotel kedua dari empat hotel milik pemain bola Madrid ini dengan pelaburan sebanyak £54juta. Pelancaran itu turut disaksikan oleh ibunya, anaknya dan agennya Jorge Mendes.
Gambar : TPGimages
Ronaldo terbang terus dari Lisbon selepas Madrid kalah dengan Eibar pada petang kelmarin untuk melancarkan hotel barunya itu. Hotel tersebut dibina dengan 82 buah kamar keseluruhannya. Bermula dengan harga €200 semalam dan juga boleh mencecah sehingga €1,250 semalam di suite rooftop CR7 yang dilengkapi dengan HD TV 48″, PlayStation 4 dengan virtual reality glasses serta games dan peralatan untuk bersenam.
“Ketika saya masih kecil saya pernah bercita-cita untuk mempunyai hotel sendiri. Sekarang saya mempunyai dua buah hotel dan saya sangat berbangga kerana ia dibuka di Lisbon. Saya sememangnya mahukan ia berada di Lisbon, satu bandar yang juga sebahagian dalam sejarah saya yang mana saya pernah bermain di sini,” kata Ronaldo.