Gambar: TPGimages
Keaslian, ketangkasan serta kemahiran membawa label Bernard Chandran terus gemilang. “Jika ada komen negatif, we move to the next!”
Ikuti wawancara eksklusif EH! bersama pereka fesyen terkenal, Dato’ Bernard Chandran.
Sejak bila berminat menjadi pereka fesyen dan siapakah yang banyak memberi inspirasi kepada anda?
Waktu saya remaja dahulu, Kuala Lumpur baru sahaja didatangi label fesyen luar negara. Hanya ada beberapa rumah fesyen dan butik persendirian yang menghuni pusat beli-belah. Saya mengagumi susunan window display yang dipaparkan setiap musim. Jadi, saya mula membuat lakaran dan mereka pakaian sendiri termasuklah aksesori. Isteri saya, Mary Lourdes Chandran adalah muse nombor satu saya.
Sewaktu mula belajar melakar, siapa pereka yang anda ikuti dan banyak memberi inspirasi dalam karier?
Saya menyukai pereka era 80-an seperti Thierry Mugler dan Claude Montana – yang mana saya sukakan cara mereka menyuntik kemewahan dalam rekaan.
Ceritakan susah senang sewaktu bermula di London.
London has been a great inspiration to my growth. Kotanya memberi banyak pelajaran asas dalam fesyen, it is edgy and there is such a great freedom for artistic expression. Membuat pementasan di sana merupakan motivasi dan perspektif yang segar dalam kreativiti saya. Be inovative and take risk to introduce new concepts to your style.
Pendapat anda mengenai senario fesyen di KL?
They have consistency and retain a certain identity. Fesyen merupakan satu bentuk kebebasan dalam ekspresi stail individu. Satu yang saya belajar, perlu ada identiti supaya orang boleh mengenal rekaan anda dan ia konsisten untuk diaplikasikan hingga musim seterusnya. Sebagai contoh, anda boleh tahu pabila melihat Mercerdes dalam BMW, anda tidak akan sebut BMW itu adalah Mercedes. Betul tak? Selalunya saya tidak menggunakan kesemua pengaruh budaya dalam rekaan, tetapi dalam waktu yang sama koleksi itu yang akan membawa serba sedikit interpretasi dari pengaruh ini.
Melihatkan pementasan musim luruh anda, banyak penggunaan lapel, volum dan garis transparent. Apa rahsia di sebalik elemen ini?
Konsepnya adalah bagaimana saya melihat wanita moden hari ini, cara mereka menampilkan keyakinan dan stail dalam gaya harian. Ia menceritakan mengenai tailoring with carefully engineered cut and craft. Dalam kurang dari 30 saat, she zips up an illusion of a three-piece suit in a most effortless, simple elegant approch. Kombinasi gaya seksi Mod, attitude serta tailoring inspirasi pakaian lelaki. Like an illusionist, she captivates your attention and keeps you guessing to a stunning climax. Musim ini saya menggunakan broked sutera, kulit dan lurex. Datang dari timur, menjadi kelebihan saya. Malah ia membuka jalan untuk saya menggabungkan semua elemen terbaik dunia: I have learned how to innovate and combine the eclectic with the practical, especially when it comes to interpreting cultures on the runway.
Pendapat anda bagaimana dengan pasaran di Eropah?
Bila kita mahu memasarkan jenama kita pada dunia, pertama sekali koleksi kita mestilah direka untuk wanita antarabangsa, bukan hanya wanita di Malaysia. Jadi, ekspresi artistik yang ada dalam rekaan perlu relevan dengan cita rasa sedunia dan diri sendiri juga perlu bersedia untuk pasaran dunia sebelum the world can accept us.
Perkara love hate sewaktu minggu fesyen?
Saya sukakan cabaran. Selepas koleksi dipertontonkan, antara komen positif atau negatif, we did our best and we move to the next.