Datuk Seri Vida berhadapan dengan dakwaan gagal menyelesaikan cukai produk serta mengemukakan penyata penuh di Mahkamah Sesyen Ipoh bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.
Jutawan kosmetik terkenal ini dikatakan gagal membayar cukai barangan yang berjumlah hampir RM4.2juta dari April tahun lalu sehingga Julai tahun ini. Datuk Vida tiba di perkarangan mahkamah dengan ditemani beberapa orang kakitangannya.
Sebelum ini, Datuk Vida turut pernah terbabit dalam satu kontroversi yang mana salah satu daripada produk keluarannya, Qu Puteh dilaporkan mengandungi bahan merkuri yang sangat tinggi dan agak merbahaya untuk kesihatan.
Produk itu ditarik semula serta-merta dari pasaran atas arahan pihak berkuasa. Pengguna kemudiannya diminta untuk menggunakan produk Qu Puteh yang lain dan dijamin selamat.
Dimaklumkan yang mana pendakwa, Farah Ezlin Yusof meminta untuk RM100,000 jaminan bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin serta pasport Datuk Vida dirampas dalam menimbangkan kesalahannya yang melibatkan pendapatan negara.
Namun, peguam bela Datuk Vida meminta mahkamah mengurangkan jaminan ke atas setiap pertuduhan kepada RM3,000 ke atas pemilik tunggal syarikat itu yang mempunyai 200 orang pekerja di bawahnya.