Rumah tangga mana yang tidak mempunyai pasang surut, tidak terkecuali pasangan sama cantik sama padan, Diana Danielle dan Farid Kamil.
Baru-baru ini, Diana dikatakan telah bertindak drastik dengan pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan nasihat berhubung rumah tangganya yang berada pada tahap berantakan.
Menerusi laporan BH Plus semalam, Diana akui yang dirinya melakukan tindakan mengikut emosi semata tanpa bersemuka dan berbincang secara aman bersama-sama suaminya akan masalah memendam rasa masing-masing.
Bahkan, Farid sendiri terkejut akan tindakan nekad Diana tersebut dan sekaligus menjadikan Farid marah kerana tidak pernah menyangka yang isterinya berani bertindak sejauh itu.
“Tidak dinafikan, Farid terkejut dengan tindakan saya. Bagi saya, apa yang berlaku itu menjadi maran buat Farid yang tidak pernah menyangka, saya berani bertindak sejauh itu.
“Tindakan saya itu bagaimanapun, tidak tepat kerana tidak terlebih dulu bersemuka dan berbincang dari hati ke hati dengan suami. Saya hanya memikirkan hati sendiri yang terluka, tanpa menyedari saya juga pernah melukakan hati suami,” jelas Diana kepada BH Plus.
Diana turut menyatakan yang mana Farid sememangnya tidak bersetuju untuk bercerai. Setelah duduk berbincang bersama, barulah mereka menyedari akan kesilapan masing-masing. Kedua-duanya banyak memendam perasaan.
“Apa juga masa yang timbul, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan ketidakpuasan hati, bukan memendam rasa. Sebelum ini, kami ‘makan hati’ dengan sikap masing masing yang tidak mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Lama kelamaan, ia menjadi barah dalam rumah tangga,” kata Diana lagi.
Semoga rumah tangga Diana Danielle dan Farid Kamil kembali pulih seperti biasa dan diberikan kebahagiaan sehingga ke akhirnya.