Gambar : Instagram Rita Rudaini
Khabar yang mengaitkan aktres jelita, Rita Rudaini dengan hos HLive, Donna Muslim kian menjadi trending di media social hanya gara-gara ibu kepada dua cahaya mata ini memanggil Donna sebagai ‘boyfriend‘ terus gosip percintaan mereka berlegar di laman sesawang.
Namun, hakikatnya berita yang kononnya menyatakan bahawa Rita dan Donna mempunyai hubungan istimewa adalah tidak benar sama sekali. Tetapi Rita tidak menafikan yang dirinya cukup rapat dan selesa bersahabat dengan hos kacak tersebut.
“Kami berkawan saja dan saya pun selesa mengenali dirinya. Dia juga antara lelaki yang paling rapat dengan saya pada ketika ini. Saya mula mengenalinya pada tahun lalu, tetapi ketika itu perkenalan kami biasa saja. Saya lihat, dia seorang yang menghormati orang di sekelilingnya dan kurang bersosial. Pada masa sama, kami serasi dalam apa saja topik yang dibualkan. Ada juga saya membaca komen-komen dari peminat yang mendoakan jodoh kami berdua. Namun bagi saya, ianya hanya sekadar satu usikan kepada saya,” jelas Rita kepada BH Online.
Umum tahu yang Rita sudah pun membuka sebuah restoran iaitu Rumah Kueh terletak di Sunway Nexis, Kota Damansara. Kekerapan Donna ke restoran milik Rita itu membuatkan lagi banyak persoalan orang ramai tentang hubungan mereka.
Tetapi sebenarnya Rita dan Donna selesa bersahabat dan dalam masa yang sama berkongsi pengalaman masing-masing dalam industri hiburan. Menerusi Instagram milik Rita, boleh kata ramai pengikut-pengikutnya memberikan komen positif dan mengharapkan yang mereka bersama.