Teks & Gambar : Khairul Abidin Ishak
Kehangatan Olimpik di Rio mencetus ilham buat Innai Red dalam menyempurnakan himpunan terbarunya sempena #KLFWRTW2016.
Dinamakan sebagai Rio Bonita, himpunan ini menyaksikan penggunaan warna yang cukup meriah. Pereka Innai Red, Arene dan Juliani asyik bermain warna-warna terang dari biru hingga ke oren.
Corak jalur juga memberi nafas kepada koleksi yang hadir dengan 32 looks ini. Innai Red masih mengekalkan identitinya yang gemar bermain dengan potongan feminine seperti ropol dan lisu.
Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan himpunan Rio Bonita member nafas baru yang penuh warna buat Innai Red dan dalam masa yang sama masih mengekalkan identitinya.
Jom lihat gambar belakang pentas pertunjukkan Innai Red di #KLFWRTW2016.