Gambar: Arkib EH!
Segalanya dari jenis kain, rekaan, mahupun perincian, semuanya bercitarasa tinggi. Rekaannya nyata menjadi pilihan ramai selebriti dan orang ternama masa kini. Bahkan tidak pernah timbul perasaan tidak memuaskan di kalangan penggemar busana dari pereka fesyen yang cukup hebat ini.
EH! secara eksklusifnya menemu bual pereka fesyen tempatan yang cukup terkenal masa kini, Alia Bastamam.
Bagaimana anda bermula dan siapa yang memberi pengaruh besar kepada anda?
Saya percaya nenek merupakan orang pertama yang berjaya mempengaruhi saya sedari kecil kerana dahulu nenek menjahit baju untuk anak-anak perempuannya termasuklah ibu saya. Sejak kecil juga saya suka untuk mereka sesuatu yang berkaitan dengan seni dan pernah mempelajari ilmu seni bina sebelum beralih arah mendalami bidang fesyen.
Apa yang paling menarik bergelar pereka fesyen?
Paling seronok adalah proses menyiapkan sesuatu koleksi, bermula dari mencari idea hingga sentuhan terakhir. Juga, tatkala menyiapkan helaian yang cantik dan membuatkan wanita berasa cantik.
Kebiasaan pereka mereka menimba pengalaman di tempat lain sebelum memulakan jenama sendiri. Anda pula bagaimana?
Semasa saya menjalani proses pengajian rekaan fesyen, saya pernah melakukan kerja penataan gaya dan turut mengambil tempahan membuat gaun untuk teman rapat. Kemudian bekerja sebagai pereka junior di Sofira setelah itu di Jovian Mandagie sebelum melancarkan label saya sendiri.
Pandangan anda mengenai industri fesyen kita?
Fesyen industri kita semakin rancak dengan wujudnya ramai pereka baru yang mengeluarkan idea yang lebih segar dan lebih berfikiran global. Walau bagaimanapun, industri tanah air masih dalam proses perkembangan menuju arah yang lebih baik.
Ceritakan tentang detik permulaan Alia Bastamam?
Sudah kira-kira lapan tahun saya berada dalam industri. Saya percaya Alia Bastamam mula mendapat perhatian ramai pabila saya melancarkan koleksi debut pada 2011.
Jadi bagaimana pula signature anda?
Saya mengekalkan estetika tersendiri yakni simplicity. Nothing that overpowers the woman herself. Saya bayangkan rekaan saya hari ini kekal menjadi rekaan terbaik biar pun dilihat 10 tahun akan datang. Saya percaya dengan rekaan klasik malar segar.
Falsafah fesyen anda?
Pakaian seharusnya selesa dan sesuai dengan bentuk badan. They should complement the woman, not overpower them.
Apa perancangan masa depan anda?
Membawa serta memperkenalkan label Alia Bastamam ke pasaran Amerika dan Eropah. But I prefer to live each day as it comes and since this label was founded, I never really know what’s coming next!
Berikan contoh produk lokal yang anda beli?
Fabrik tradisional seperti kain tenun, broked dari pelbagai sumber. Fesyen lokal juga mempunyai pelbagai barisan pereka dan label yang sangat mahir. Saya tidak boleh memakai jenama sendiri setiap waktu oleh itu The Extra Piece rekaan Natrah Omar, Yadotsa oleh Alia Alizar dan When Our Eyes Met dari Yasmin Ramli sebagai ganti sekali gus menyokong industri kita.
Siapa wanita Alia Bastamam?
Seorang yang moden, pintar dan urban. Mereka memerlukan khidmat saya untuk potongan yang sempurna dan bukannya perincian yang terlalu sarat.
Nasihat gaya untuk pertemuan istimewa?
Show a little, not too much. Don’t be afraid to put on that black lace lingerie. But most of all be effortless and confident. It will shine through.