Jenama : ELLE Woman
Gambar : Light Grey, Sungai Buloh
Model : May Ho & Sugeeta Chandran
Sebulan berpuasa di bulan Ramadan, Syawal bakal dirai dengan meriahnya. Tatkala tibanya bulan perayaan, satu kemestian bagi majoriti yang menyambutnya pasti inginkan satu pembaharuan dalam gaya dan stail masing-masing.
Baju baru, seluar baru, sepatu baru dan mesti ada bagi setiap wanita adalah tas tangan baru. Koleksi terbaru dari jenama fesyen terkemuka antarabangsa, ELLE kini tampil dengan ilham tas tangan yang cukup menyerlahkan gaya chic dan kasual pada masa yang sama.
Rekaannya bukan hanya fun dan praktikal untuk si pemakai, malah ia juga mudah untuk disuai padankan bersama gaya harian. Personaliti muda akan lebih terserlah dengan sekelip mata. Yang paling penting, koleksi musim panas dari ELLE ini hadir dengan harga yang cukup berpatutan.
Sempena dengan koleksi terbaru ini, ELLE bawakan Ms. May Ho, seorang yang cukup berpengaruh di dalam media sosial dan M. Sugeeta Chandran, pemenang tempat ke-3 untuk Miss Universe tahun lalu. May Ho dan Sugeeta, masing-masing sememangnya sentiasa tampak chic dan fun dalam berfesyen. Ingin tahu apa reaksi May Ho dan Sugeeta untuk koleksi ELLE musim panas 2016? Ikuti cerita mereka di Instagram Elle Bags My, May Ho dan Sugeeta. Boleh juga ikuti mereka di Facebook May Ho dan Sugeeta.
Gaya May Ho mengetengahkan karekter feminin versatil membuatkan stailnya sempurna pabila variasi tas tangan ELLE terbaru ini disuai padankan bersama gaya hariannya. Jiwa chic dan fun yang terpancar pada diri Sugeeta menambahkan lagi mood muda tatkala mengenakan tas tangan Back To Basics ELLE.
Kini anda juga boleh tampil chic dan fun bersama May Ho dan Sugeeta dengan rekaan muda dan praktikal dari jenama fesyen terkenal ini buat melengkapi OOTD tidak kira kasual mahupun formal.
French Riviera
Rekaannya yang berinspirasikan stail riviera, mengetengahkan gaya elegan wanita Eropah yang cukup bertenaga dalam melakukan aktiviti lasak namun masih tampil bergaya. Ciptaannya bermain dengan 4 rona utama serta menggunakan tekstur Saffiano dan straw bag adalah antara kunci utama ciptaan French Riviera.
[soliloquy slug=”french-riviera-elle”]
Back To Basics
Mengembalikan unsur fesyen yang punya nilai-nilai tersendiri dengan perincian yang lebih terperinci dan versatil. Bucket bag, beg silang serbaguna, monogram logo dan perincian pemegang dengan bingkai metal merupakan kunci utamanya. Tema Back To Basics bermain dengan 4 rona termasuk rona hitam, kelabu cair, krim dan merah tua.
[soliloquy slug=”back-basics-elle”]
Neo Boho
Era moden dihidupkan kembali dengan stail vintaj ala bohemian. Namun dengan cara yang terkini dan merentasi trend semasa. Neo Boho mengetengahkan ciptaan bermaterialkan suede, tassel, dan potongan yang lebih vintaj. Rona-rona vintage seperti coklat tanah, maroon, dan merah tua dipersembahkan ke atas tas tangan Neo Boho untuk mengabadikan jiwa vintaj dan moden.