Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Kamal Adli dan Emma Maembong
Meskipun sebelum ini kecoh akan berita pergolakan hubungan di antara Emma Maembong dan Kamal Adli, pasangan ini membuktikan yang mereka masih lagi boleh berkawan dengan baik.
Pasangan selebriti ini tampil di acara Festival Filem Malaysia ke-28 bersama dan sekaligus menimbulkan banyak tanda tanya akan status perhubungan mereka sekarang ini.
Namun, Kamal tidak mahu berkongsi cerita akan status perhubungan mereka. Apa pun, aktor ini berkongsi rasa gembira kerana pelawaannya untuk tampil bersama Emma di karpet merah acara itu diterima oleh aktres popular tersebut.
“Kami berjalan berdua di Festival Filem Malaysia 28 (FFM 28) selepas saya mengajaknya untuk ke acara itu bersama-sama. Saya bagaimanapun tidak boleh bercerita lebih lanjut lagi mengenai perhubungan kami sekarang. Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya dan Emma masih berkawan baik dan mohon peminat doakan yang terbaik buat kami berdua. Apa yang terjadi sebelum ini salah saya juga. Beri kami ruang dan masa. Apa yang penting, sekarang saya belajar untuk menjadi lebih sweet. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali,” katanya kepada Berita Harian Online.
Kamal dikatakan mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki hubungan mereka serta mahu ingin terus bersama ke peringkat yang lebih serius iaitu perkahwinan.
Perbalahan antara dirinya dan Emma diakui yang ia adalah kesalahannya dan bukannya berpunca dari orang ketiga.