Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Shahir & Erra Fazira
Sebelum ini, Erra Fazira apabila ditujukan soalan tentang kaitannya dengan Shahir Zawawi, bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim ke-8, pelakon jelita ini menafikannya.
Namun, terkini, Shahir tampil mendedahkan kepada BH Online akan kebenarannya. Shahir tanpa menidak atau mengiakan khabar angin yang hangat itu menyatakan yang sudah sampai masa untuk dirinya terbuka akan soal perhubungannya itu.
Bekas juara AF8 ini berharapkan doa-doa yang baik buat perhubungannya dengan Erra. Menurutnya lagi, mereka belum lagi meletakkan tarikh dan dalam masa yang sama, Shahir menafikan akan cerita yang bertebaran sekarang ini.
“Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja… Insya-Allah. Selama ini pun, saya kasihankan Erra kerana terpaksa menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota. Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan. Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius ,” katanya ketika dihubungi oleh pihak BH Online.
Erra dan Shahir mula rapat antara satu sama lain sejak dua tahun lalu. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja hendaknya.